Thursday 25 February 2016

Engagement #zirazim #26122015

Assalamualaikum,


Cukup sebulan dah bertunang, All the office-mate ask the same questions how's your life after getting engage? any difference? What?? There is no difference lah, engage je kut. Status je bertukar.. Ye la most of my office mate are international, they expect lain lah. kehkehkeh. bagi dorg kalau dah bertunang tu dah boleh duduk satu bumbung. No no no.. :P

Sebenarnya kan takut jugak nak share pasal tunang ni of course la dia tak suka, tapi kan bukan dia baca pun and tak tahu pun nak bukk blog, no la tipu je. hahaha.. 
Btw, kami rancang untuk melangkah ke next step ni tak ambil masa yang lama sebab benda simple je kan, tak ad  masuk merisik, on the spot dia ckp kat parents Zira. Zaman pun dah modern kan, benda yang baik kena dicepatkan :P

Sape lagi yang paling excited kalau bukan ibu, i'm the only daughter so dia punya meriah and excited lain mcm sikit termasuklah ayah sama je dua2 ni. Pilih punya pilih tarikh, sebab nak kena fikir waktu cuti kami berdua, boleh ambil waktu yang panjang sikit utk habiskan cuti tahun so jadilah 26 December 2015 selepas Christmas and Maulud Nabi.. Tema color adalah Tiffany blue.   

Let me share a few picture of my engagement. 


This Dais is from Khaisya Creation, Semua cakap cantik dan sweet sangat mini pelamin ni, all the combination color of the flowers request by me and the design form her side, you did a good job beb, Thank you ! Boleh survey form her Instagram ye, @KhaisyaCreation. 

Bawah ni hantaran from my side untuk bagi pada lelaki 7 dulang , di sebabkan theme warna Tiffany blue + white so bunga tu pun warna biru taw, is a fresh flower some more, percaya tak? mesti tak percaya kan. At first masa pergi florist dgn ibu nak survey bunga hataran ni, terkejut sangat ye sebab ad bunga ikut warna tema. hahaha. So, decide terus beli, bunga warna biru tu bunga kekwa putih je then dia celup dgn pewarna biru lepastu beli baby breath untuk hias keliling bunga kekwa tu. Tahan lama tak bunga kekwa biru tu? Tahan lama ye, tak luntur pun just buat macam bunga biasa yg lain jugak.

Siapa yg hias? Tak fikir nak tempah dekat mana2 sebab fikir tunang nak buat as simple as I can lah, my cousin yg tolong hias semua ni, kami buat sama2.. Nasib la dia dtg awal sehari, kalau nak harap tangan zira yg mcm kayu ni tak tahulah jadi apa dulang hantaran ni, dah la a week before majlis asyik mimpi dulang hantaran tak siap je taw, sadis betul :( Thank you kak syerin for your effort, love you!

Mahal ke guna fresh flower? Tak mahal dan sangat2 affordable.. Fresh flower ni korg hias lah mcm mana pun tetap akan cantik ye and tak bnyak effort sgt pun nak buat.. Beli all the fresh flower (Kekwa, baby breath & rose) including sponge less than 100 rgt tak silap, murah kan? So better guna fresh flower je ye.











Hantaran yang ini dari belah lelaki, 5 dulang dan tema warna white + brown. Tapi hantaran yg ni hantar kat kedai, suruh org buat. Fresh flower jugak but a bit pricey. Tapi sangat memuaskan hati sebb bunga bnyak dan memg cantik sangat. Azim pun dah cakap bila nikah nanti nak buat dekat tempat yang sama, senang! Ibu pun suka sebb dia ckp bnyak bunga kering dia, hahaha.










His Side's 

Orang2 kuat yang bnyak sangat membantu dalam majlis ni,

My small family. 










Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Thank you so much semua, bnyak sangat membantu untuk menjayakan majlis kecil ni especially makanan, semua ckp sedap sangat..

All the pictures credit to @Malex Abdul Rashid (Facebook & Instagram) Gambar cecantik semua, sempat jugak melayan nak outdoor kejap, thank you malek !

Baju Zira dari @Amniavenuecollection (Facebook&Instagram) Semua puji cantik sangat & very affordable taw, boleh tempah dgn akk ni. Thank you kak amni!

Veil & shawl dari @Raudhah.my (Facebook&Instagram).


xoxo





Thursday 18 February 2016

Introduction :P

Assalamualaikum,


New year, new hobby, new blog ! Hahaha. Blog lama dah terhapus sebb habis semua password lupa, Sekarang ni terfikir nak buat blog baru sebb nak adakan hobi menulis ni balik. Nak create something that make my life more happier. gittewww. hahaha.

There is something wrong  in these 2 years, is not about relationship, family or friends.  Entahlah, my mom, fiancee'' & BFF adalah memg tempat mengadu segalanya, tempat utk share all my problem and release all my stress. Kadang2 tu fikir kesian diorang untuk dgr masalah yg sama dan tak akan berkesudahan selagi I'm not quit from that place. Sebb tu la idea utk menulis ni keluar kembali, setelah lama disimpan waktu study dlu. kiki..

It's time to let go all the negativity, slowly hati ni, diri ni dah mula redha dgn apa yg berlaku dan apa yg di takdirkan utk diri ni adalah benda yg terbaik, sebb Allah tu lebih tahu mana yg baik mana yg buruk.

Bismillahirrahmanirrahim,

Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)



Satu benda yg kena selalu ingat, tak semua hati org kita boleh jaga, kita boleh terima dan selalu ckp yes without said no. We still human, human create not to be a perfect person but to complete each other. Jaga hati sendiri dulu, klu selalu ketepikan hati sendiri, Diri sendiri yg tak akan pernah happy dgn apa yg kita cuba buat. Bila buat sesuatu tu tanya diri dulu, kita happy tak dgn semua ni? Kalau happy, just go on. Kalau tak leave it je maybe there is something more better waiting for you k ? :)

What i'm trying to do now? Langgar je apa yg kita rasa tak boleh buat sebb selagi fikir all the problems yg tak akan end sampai bila2 selagi akar tu tak berubah selagi tu takkan selesai. Just go on, buat apa yg kita rasa mmpu.

Selalu pegang ayat ni, sesuatu yg kita tak suka tu sebenarnya adalah benda yg sangat terbaik kan! Who knows? Allah je tahu. Just keep strong, and always believe that something better is coming really soon! hihi


 


                                                                          Chill Baby :P





Saturday 6 February 2016

Trip to Perhentian


Assalamualaikum Semua !

Trip to Pulau Perhentian with BFF & Office mate. Our first time went to trip together, at first we all not really plan to go holiday sebab at the end we know mesti tak jadi. So, one of my friend, mimi yg gigih carik package untuk pergi pulau, disebabkan semua cakap pulau perhentian ni cantik sgt so we decided to go there and looking for the affordable package. Carik punya cari jumpa la satu package ni RM 290.00 3 days 2 night including breakfast,lunch, dinner & bbq, chalet with air cond (4 katil queen with 2 washroom) + boat dari jetty (return). Murah ke tidak? murah kan dan sangat affordable. 

Fikir punya fikir, we decided to pay a deposit RM 50.00 je, yayyyy finally pergi jugak sebab selalu plan mcm ni lah dan takkan pernah pergi. Mula2 kami nak pergi ber 5 je semua perempuan gigih sangat kan pergi terengganu jauh2 tu, lepastu my office mate 3 org nak pergi, ad 2 lelaki. So consider ok la ad hero2 ni kan. hikss. 

Hari yang di tunggu tiba jugak, plan nak gerak hari sabtu pukul 2 pagi sebb pkul 9 am kne ad kat jetty kuala besut. So, hari jumaat tu mcm biasa lagi kami pergi kerja sebb mlm baru nak gerak kan. Lepas balik kerja pkul 6 tu baru fikir nak kemas baju and beli barang semua, sebb fikir ad masa lagi. Tiba2 mimi call masa maghrib sebb tini dgn yuhana tak balik2 lepas servis kereta dari pkul 5. Dua2 hand phone tak bawak, tggal kat rumah. Dah melalak la si mimi tu, sebab takut apa2 jadi. Zira pun dah mula risau nak carik dekat mana budak2 ni, sekali ad org call mimi, tini ckp yg tayar dia pancit dekat tepi jalan ad org pasangkan tayar spair. Ya Allah memg sadis betul keadaan masa tu, then kami pergi lah ke workshop utk tampal tayar. Nasib la ad kedai bukak kalau tak menangis lah tak pergi T___T. Settle tu semua kami gerak menuju ke Terengganu, Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..

Sampai dalam pkul 8 am, tak ad berhenti utk tido pun cuma tukar driver je, hehehe. Zira tolong tido je dlm kereta. Kami breakfast dulu, dan gerak ke Jetty, tempat parking kereta jgn risau, org yg handle kami tu dah sediakan semuanya just tggal bayar je utk 3 hari tu tak silap rm 30.00 je, Lepas tu kami bayar marine ticket mcm insurance la rm 5 je utk return so kne simpan ticket tu. Bila dah naik boat laju tu, Masyaallah memg cantik sgt + pening+ nak muntah dlm 45 min jugak. Pengsannnn.

First day.. Alhamdulilah smpai jugak, kami terus check in bilik dan pak cik man ni yg arrange kami punya hospitality di sini, then his suggest after lunch pergi ke long beach utk snorkeling, so kami setuju utk pergi sana. Lepas je lunch siap2 tepek sun block setebal yg mungkin takut hitam. hahaha.. 

Sampai je long beach terus snorkeling tanpa henti, stop pun untuk makan goreng pisang dan milo ais. Sangat jernih pantai dia, ikan sume friendly sampai sakit jari2 kne gigit sebb gelojoh masing2 nak mkn roti, nak pergi kincir angin kami dah tak larat sebb letih sangat.. Sampai bilik, mandi, solat pergi dinner terus tidoooo.  Kalau malam u alls nak pergi long beach ni ad pertunjukkan api , ramai la org dari negara lain, ala2 beach party gituuuu. Tapi kami tak pergi sebb dah tak larat. 

Second day, breakfast and start our tour utk pergi kesemua check point. First Check point - Shark point. Tak berani lah kami nak turun pergi carik shark. Walaupun uncle tu ckp anak shark je kami duduk je atas boat. hahaha. 
Second check point- Turtle. Uncle tu gigih pusing satu pulau tu taw sebb nak bagi kami nampak turtle yg besar ni. Bila jumpa je turtle dia suruh kami terjun untuk tengok, yayyy nampak jugak turtle tu. Berbaloi la terjun lepas tu kne hanyut jauh tak guna berenang takkan sampai, buat letih je wehhh. hahaha. Tunggu la uncle tu ambil guna boat. 

Third check point- Light House. Apa yg best dekat sni? tempat paling dalam dekat sni, mula2 tak nak turun sebb rasa takut, tapi bila dorg ckp cantik sgt, kne snorkeling. So kami terjun la, dan Masyallah memg canti sangat coral, ikan. Tapi dalam sangat memg akan takut sikit. Tips snokerling, jangan panik, cool down je. Kalau panik memg air akan masuk dlm mulut and hidung sebb kita tak bernafas dgn betul. 

Fourth check point- Fish point.. Kat sni snorkeling lagi tengok ikan, bagi ikan makan roti.. Macam2 ikan yg korang boleh tengok kat sni. Tips bila ke pantai- siap2 beli roti utk ikan makan ye bukan utk awak makan. hahaha. Bila ad roti bnyak la ikan dtg kat kita, tu la saat2 yg best sebb kita boleh pegang ikan2 ni. Best sangat2.. 
Last Check point which is Romantic Beach-  Kat sini boleh tengok nemo yg comel2 tu, lepas tu tak dalam pun, boleh lah jejak kaki ke pasir. - Tips nak jumpa nemo, cari dekat celah2 rumpai laut. dorg dekat dlm tu bnyak sgt taw, Kat sni kami lepak lama skit sebb last kan, so main air ambil gambar lebih sikit sampai la hujan baru balik hotel utk dinner dan tidoooo. Memang bila main air akan letih sesangat. 

Mari layan gambar dulu.



Jetty dari hotel kami.

Dalam boat menuju ke hotel.



Di Romantic Beach 





Waktu nak balik ke KL



Our Second day


Tempat wajib bila di terengganu, borong utk mak2..


Last day- Kami check out pkul 10 am, pkul 12 dah gerak balik ke KL. Ya Allah baru la rasa perasaan org pantai timur yg menghadap jem sampai 12 jam. Tak sanggup woiii, lepas ni decide naik flight je laaaa. Jem teruk. 12 mlm baru smpai lepas tu esok kerja. hebatnya kami T__T

Pendapat zira utk keseluruhan, lebih baik pergi guna package yg disediakan utk org yg first time mcm kami pergi ke pulau. So, masa tu tak terbuang pack dgn aktiviti, Dorg lebih tahu nak bawak kita pergi ke mana dan semuanya teratur. Bilik- sangat oke, tapi kalau nak pergi lagi lepas ni nak pilih bilik depan pantai. Makanan- Sebb include dengan package boleh la makan, tapi kalau nak mkn sedap kena beli luar, nak jimat makan je apa yg ada. Tapi kami sangat berpuas hati dgn kesemuanya, really had fun, Lepas ni nak pergi lagi. Very Recommended!

Tips ke pantai:
- Sunblock mesti bawa ye,kalau tak habis lah kulit u alls yg flawless tu.
- Roti utk ikan, Cantik bila ikan berkerumun dekat kita lepas tu ambil gambar. Cun!
- Makanan & Air, beli sebelum pergi ke pulau2. Sebb mesti letih dan dahaga lepas snorkeling. The       whole day akan dekat ats boat dan snorkeling.
- Camera, bawak la apa2 waterproof camera so boleh ambil gmbr dalam air. sangat berbaloi utk invest benda mcm ni, next time mesti nak pergi pulau lagi kan.
- Baju- Bawak lebih baju- bila dah balik hotel jemur dekat luar so nnti beg tak berat dgn baju basah.
- Beg waterproof utk bawak ke pantai isi hand phone dan duit. In case ad apa2 emergency, mana tahu kan.
- Topi + Sunglasses, Boleh bawak elak dari cahaya matahari betul2 kena di muka.

That's all untuk hari ni, Do enjoy your trip.

Xoxo





 
Copyright 2016 Reserved to Aziera Aziz Design By Cik Nurfarah