Saturday 6 February 2016

Trip to Perhentian


Assalamualaikum Semua !

Trip to Pulau Perhentian with BFF & Office mate. Our first time went to trip together, at first we all not really plan to go holiday sebab at the end we know mesti tak jadi. So, one of my friend, mimi yg gigih carik package untuk pergi pulau, disebabkan semua cakap pulau perhentian ni cantik sgt so we decided to go there and looking for the affordable package. Carik punya cari jumpa la satu package ni RM 290.00 3 days 2 night including breakfast,lunch, dinner & bbq, chalet with air cond (4 katil queen with 2 washroom) + boat dari jetty (return). Murah ke tidak? murah kan dan sangat affordable. 

Fikir punya fikir, we decided to pay a deposit RM 50.00 je, yayyyy finally pergi jugak sebab selalu plan mcm ni lah dan takkan pernah pergi. Mula2 kami nak pergi ber 5 je semua perempuan gigih sangat kan pergi terengganu jauh2 tu, lepastu my office mate 3 org nak pergi, ad 2 lelaki. So consider ok la ad hero2 ni kan. hikss. 

Hari yang di tunggu tiba jugak, plan nak gerak hari sabtu pukul 2 pagi sebb pkul 9 am kne ad kat jetty kuala besut. So, hari jumaat tu mcm biasa lagi kami pergi kerja sebb mlm baru nak gerak kan. Lepas balik kerja pkul 6 tu baru fikir nak kemas baju and beli barang semua, sebb fikir ad masa lagi. Tiba2 mimi call masa maghrib sebb tini dgn yuhana tak balik2 lepas servis kereta dari pkul 5. Dua2 hand phone tak bawak, tggal kat rumah. Dah melalak la si mimi tu, sebab takut apa2 jadi. Zira pun dah mula risau nak carik dekat mana budak2 ni, sekali ad org call mimi, tini ckp yg tayar dia pancit dekat tepi jalan ad org pasangkan tayar spair. Ya Allah memg sadis betul keadaan masa tu, then kami pergi lah ke workshop utk tampal tayar. Nasib la ad kedai bukak kalau tak menangis lah tak pergi T___T. Settle tu semua kami gerak menuju ke Terengganu, Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..

Sampai dalam pkul 8 am, tak ad berhenti utk tido pun cuma tukar driver je, hehehe. Zira tolong tido je dlm kereta. Kami breakfast dulu, dan gerak ke Jetty, tempat parking kereta jgn risau, org yg handle kami tu dah sediakan semuanya just tggal bayar je utk 3 hari tu tak silap rm 30.00 je, Lepas tu kami bayar marine ticket mcm insurance la rm 5 je utk return so kne simpan ticket tu. Bila dah naik boat laju tu, Masyaallah memg cantik sgt + pening+ nak muntah dlm 45 min jugak. Pengsannnn.

First day.. Alhamdulilah smpai jugak, kami terus check in bilik dan pak cik man ni yg arrange kami punya hospitality di sini, then his suggest after lunch pergi ke long beach utk snorkeling, so kami setuju utk pergi sana. Lepas je lunch siap2 tepek sun block setebal yg mungkin takut hitam. hahaha.. 

Sampai je long beach terus snorkeling tanpa henti, stop pun untuk makan goreng pisang dan milo ais. Sangat jernih pantai dia, ikan sume friendly sampai sakit jari2 kne gigit sebb gelojoh masing2 nak mkn roti, nak pergi kincir angin kami dah tak larat sebb letih sangat.. Sampai bilik, mandi, solat pergi dinner terus tidoooo.  Kalau malam u alls nak pergi long beach ni ad pertunjukkan api , ramai la org dari negara lain, ala2 beach party gituuuu. Tapi kami tak pergi sebb dah tak larat. 

Second day, breakfast and start our tour utk pergi kesemua check point. First Check point - Shark point. Tak berani lah kami nak turun pergi carik shark. Walaupun uncle tu ckp anak shark je kami duduk je atas boat. hahaha. 
Second check point- Turtle. Uncle tu gigih pusing satu pulau tu taw sebb nak bagi kami nampak turtle yg besar ni. Bila jumpa je turtle dia suruh kami terjun untuk tengok, yayyy nampak jugak turtle tu. Berbaloi la terjun lepas tu kne hanyut jauh tak guna berenang takkan sampai, buat letih je wehhh. hahaha. Tunggu la uncle tu ambil guna boat. 

Third check point- Light House. Apa yg best dekat sni? tempat paling dalam dekat sni, mula2 tak nak turun sebb rasa takut, tapi bila dorg ckp cantik sgt, kne snorkeling. So kami terjun la, dan Masyallah memg canti sangat coral, ikan. Tapi dalam sangat memg akan takut sikit. Tips snokerling, jangan panik, cool down je. Kalau panik memg air akan masuk dlm mulut and hidung sebb kita tak bernafas dgn betul. 

Fourth check point- Fish point.. Kat sni snorkeling lagi tengok ikan, bagi ikan makan roti.. Macam2 ikan yg korang boleh tengok kat sni. Tips bila ke pantai- siap2 beli roti utk ikan makan ye bukan utk awak makan. hahaha. Bila ad roti bnyak la ikan dtg kat kita, tu la saat2 yg best sebb kita boleh pegang ikan2 ni. Best sangat2.. 
Last Check point which is Romantic Beach-  Kat sini boleh tengok nemo yg comel2 tu, lepas tu tak dalam pun, boleh lah jejak kaki ke pasir. - Tips nak jumpa nemo, cari dekat celah2 rumpai laut. dorg dekat dlm tu bnyak sgt taw, Kat sni kami lepak lama skit sebb last kan, so main air ambil gambar lebih sikit sampai la hujan baru balik hotel utk dinner dan tidoooo. Memang bila main air akan letih sesangat. 

Mari layan gambar dulu.



Jetty dari hotel kami.

Dalam boat menuju ke hotel.



Di Romantic Beach 





Waktu nak balik ke KL



Our Second day


Tempat wajib bila di terengganu, borong utk mak2..


Last day- Kami check out pkul 10 am, pkul 12 dah gerak balik ke KL. Ya Allah baru la rasa perasaan org pantai timur yg menghadap jem sampai 12 jam. Tak sanggup woiii, lepas ni decide naik flight je laaaa. Jem teruk. 12 mlm baru smpai lepas tu esok kerja. hebatnya kami T__T

Pendapat zira utk keseluruhan, lebih baik pergi guna package yg disediakan utk org yg first time mcm kami pergi ke pulau. So, masa tu tak terbuang pack dgn aktiviti, Dorg lebih tahu nak bawak kita pergi ke mana dan semuanya teratur. Bilik- sangat oke, tapi kalau nak pergi lagi lepas ni nak pilih bilik depan pantai. Makanan- Sebb include dengan package boleh la makan, tapi kalau nak mkn sedap kena beli luar, nak jimat makan je apa yg ada. Tapi kami sangat berpuas hati dgn kesemuanya, really had fun, Lepas ni nak pergi lagi. Very Recommended!

Tips ke pantai:
- Sunblock mesti bawa ye,kalau tak habis lah kulit u alls yg flawless tu.
- Roti utk ikan, Cantik bila ikan berkerumun dekat kita lepas tu ambil gambar. Cun!
- Makanan & Air, beli sebelum pergi ke pulau2. Sebb mesti letih dan dahaga lepas snorkeling. The       whole day akan dekat ats boat dan snorkeling.
- Camera, bawak la apa2 waterproof camera so boleh ambil gmbr dalam air. sangat berbaloi utk invest benda mcm ni, next time mesti nak pergi pulau lagi kan.
- Baju- Bawak lebih baju- bila dah balik hotel jemur dekat luar so nnti beg tak berat dgn baju basah.
- Beg waterproof utk bawak ke pantai isi hand phone dan duit. In case ad apa2 emergency, mana tahu kan.
- Topi + Sunglasses, Boleh bawak elak dari cahaya matahari betul2 kena di muka.

That's all untuk hari ni, Do enjoy your trip.

Xoxo





 
Copyright 2016 Reserved to Aziera Aziz Design By Cik Nurfarah